MY SUMMER INTERNSHIP AT HIGH COURT SHAH ALAM

Hi everyone, my name is Kaisara Mohamad. Final year reading law and shariah in IIUM, Gombak. It's been a long time since I last update this blog which is in 2019. Tapi apa apa pun, Alhamdulillah! dah lama habis intern ataupun usually orang kata praktikal jadi plan nak cerita sikit pasal pengalaman internship di High Court Shah Alam. Ni basically kalau kitorang panggil Law Attachment Programme (LAP).  Sejujurnya takde plan dengan mana mana kawan pun nak intern dekat High Court Shah Alam, tapi sebab dekat dengan rumah jadi intern je la dekat situ, plus sebab terfikir juga pasal CGPA. Boleh ke eh kalau CGPA biasa biasa je nak mohon dekat firm apa semua? Last last end up pilih High Court juga. LAP ni lepas third year 2nd sem, kalau di UIA compulsory la kiranya LAP ni. Dekat sini kenal, Haziqah, Siti Fatimah, Syafiqah dengan Ahmad Luthfi. Basically, hari hari pakai baju black and white. Datang setiap hari mesti 7:30 pagi, sebab timing operation court around 8 lebih macamtu. So, kena standby awal awal. Usually, bila first week ada task apa semua masa di Civil Division. First time juga belajar pasal CIPAA (construction), Special Court. Di High Court ni ada library dia tingkat paling atas. So memang seronok la, nak reading apa semua. Lepastu di High Court Shah Alam ni rupanya ada juga Mahkamah Sesyen, dan Mahkamah Majistret. Sebab ni Kompleks Mahkamah.


Jadi, masa first day di High Court tu dengan geng geng yang sama daripada UIA, kami tunggu di ruangan civil division. So, basically nak dapatkan surat pengesahan intern di situ. Masa first day tu macam agak lost juga. Sebab tak biasa sangat bende bende ni apa semua. Tapi dekat surat pengesahan intern tu ada attach sekali dengan jadual di situ. Masa first day, kitorang di briefing oleh Puan Raja tentang court court yang ada di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Biasanya dalam 4 orang antara kitorang akan contact Pendaftar setiap pagi untuk tanya harini di court mana masa di civil division. Ada satu time tu kitorang kene buat research tentang construction law. So ada kene research tentang judicial review sama ada law yang applicable dalam kes tu masih terpakai tak pada tahun tu. 


Dekat High Court nanti akan ada banyak division, jadi kita akan merasa masuk semua court: 

1) 24 Julai 2023-18 Ogos 2023 di Mahkamah Tinggi Shah Alam (Sivil) 

2) 21 Ogos 2023-18 September 2023 di Mahkamah Tinggi Shah Alam (Jenayah)

3) 19 September 2023-21 September 2023 di Mahkamah Tinggi Shah Alam (Kebankrapan)

4) 22 September 2023-26 September 2023 di Mahkamah Tinggi Shah Alam (Perlaksanaan)

5) 27 September 2023-30 September 2023 di Mahkamah Tinggi Shah Alam (Surat Kuasa Wakil)

Every division ni memang ada pegawai in charge. 


Lepastu ada supervisor incharge on Probate, jadi kitorang baca case yang agak lama juga case zaman Tunku Abdul Rahman nama full case dia In the Estate of Tunku Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid [1998] 4 CLJ. Tetapi menarik la, lepastu setiap kali kitorang dapat task, kitorang kena explain balik apa yang kitorang faham based on reading dan supervisor akan betulkan pemahaman kitorang. Kadang kitorang budak budak High Court ni berebut rebut nak tanya soalan. Hmm rindunya internship!

Ada satu time tu kitorang dapat jumpa dengan Yang Arif Hakim apa semua, memang pengalaman yang menarik sebab masuk chamber untuk dengan Yang Arif bagi briefing tentang certain case. Ada satu time tu belajar CPC dengan Yang Arif Hasbullah, Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah. Court SPRM under Hakim Datuk Anita Harun, masa tu kitorang tengah study dekat library, tiba tiba Yang Arif approach tanya soalan pasal law. Memang agak terkejut dan Yang Arif betulkan pemahaman kitorang tentang law. Usually lepas dengar trial ataupun hearing, ada DPP yang perkenalkan diri, tanya pelajar intern ke apa semua. Then DPP dengan lawyer lawyer ni akan briefing pasal career study apa semua. Banyak court kitorang masuk dengar pasal tanah, pasal stalking act yang case Acacia Diana, case murder, case drugs. 


Kitorang di brief tentang proses perbicaraan mahkamah sivil, pertama sekali, penyerahan surat surat di mahkamah kita panggil kertas kausa ataupun cause papers, apabila diserahkan contohnya writ summon dan juga pernyataan tuntutan diberikan oleh plaintiff kepada defendan. Apabila defendan menerima surat saman tu, defendan ada 14 hari untuk failkan memorandum of appearance ataupun memorandum kehadiran. 14 hari ni adalah masa untuk biasanya defendan mencari peguam untuk mewakili dia terhadap tuntutan saman yang dibuat terhadapnya. Lepas 14 hari tu pula, dia ada masa 14 hari lagi untuk memfailkan pembelaan ataupun statement of defence. Jadi lepas 14 hari, which is hari yang ke-28, selepas dia menerima surat saman tu, pihak plaintiff pula ada 14 hari lagi untuk memfailkan yang kita panggil reply-to-defence ataupun kita panggil jawapan kepada pembelaan. Selepas pemfailan semua dokumen dokumen ini, mahkamah akan memberi suatu arahan yang mana semua pleading ataupun pemfailan semua kertas kertas kausa telah ditutup. Peguam plaintiff dan peguam defendan pula akan berjumpa sesama mereka untuk bertukar-tukar dokumen. Mereka akan bukukan sekali dan akan filekan di mahkamah dan itulah yang kita panggil Bundle of Documents (BOD). Jadi Bundle of Documents (BOD) ni mahkamah akan gunakan dan merujuk sepanjang proses perbicaraan. Jadi setelah semua telah difailkan, mahkamah akan berikan satu tarikh yang mana perbicaraan akan bermula. Tetapi sekiranya pihak pihak sebelum bermula perbicaraan ataupun pada hari perbicaraan itu sendiri mereka bersetuju untuk menyelesaikan kes ni di luar mahkamah maka mahkamah akan merekodkan suatu dokumen yang kita panggil consent judgment ataupun penghakiman persetujuan antara dua pihak yang mana pihak pihak bersetuju untuk menyelesaikan tanpa perlu pergi kepada perbicaraan dan mana mana terma terma ataupun judgement ataupun penghakiman persetujuan ni akan dibuat dan di signed oleh kedua dua belah pihak di hadapan Hakim di mahkamah itu sendiri. Tapi sekiranya tiada penyelesaian persetujuan, pihak pihak akan meneruskan pada perbicaraan. Pihak plaintiff akan panggil saksi dia dan pihak defendan akan panggil saksi dia. Selepas plaintiff tutup kes, selepas defendan tutup kes.  Peguam peguam mereka pula akan berhujah oral submission tetapi sebelum hujahan secara oral dibuat, pihak mahkamah biasanya akan meminta pihak pihak memfailkan written submission (hujahan bertulis), mengandungi segala fakta, segala undang undang, nas nas serta autoriti yang ada untuk membantu Hakim mencapai persetujuan, yang mana untuk membantu Hakim mencapai keputusan pada akhir case atau perbicaraan mereka semua. 


Belajar tentang macam mana prosedur kes mahkamah jenayah. Ada dua iaitu, di peringkat pendakwaan (prosecution stage) dan di peringkat pembelaan (defence stage). Dalam peringkat pendakwaan kita kena ada charge sheet ataupun kita panggil sebagai kertas pertuduhan. Macam polis report, dokumen untuk dakwa dia dalam mahkamah jadi dia akan contain di mana berlakunya, siapa yang buat, lokasi kejadian dan mangsa yang terlibat (victim). Lepastu kena lah prove case prima facie, contohnya charge sheet tu kata dia didakwa untuk membunuh, kena ada case prima facie. Dimana pendakwa raya ataupun Public Prosecutor (DPP). DPP ni kena buktikan case prima facie. Kesalahan membunuh tu ada dua elements iaitu actus reus dengan mens rea. Actus reus ni perbuatan, mens rea ni pula niat untuk membunuh tu. Pendakwa raya kene buktikan orang yang didakwa membunuh tu fulfill those two elements. Jadi pendakwa raya kena buktikan dia membuat atau melakukan perbuatan sebagai contoh menikam ke tetak dengan parang ke dengan niat dalam hati dia untuk membunuh orang tu. Kalau DPP dapat buktikan perkara perkara itu, maka adanya kes prima facie. Kalau ada kes prima facie, maksudnya mahkamah berpendapat orang yang didakwa memang telah membunuh dan pembelaan mesti membela orang yang kena tuduh itu. Tapi sebelum masuk defence stage ada beberapa proses yang DPP perlu buat, pertama sekali Examination-In-Chief. Examination-in-chief ni maksudnya DPP kene tanya soalan pada saksi saksi lepastu barulah peguam pembela buat Cross-examination, dia pula tanya soalan kepada saksi saksi, dan selepas pembelaan tanya soalan kepada saksi saksi. Pendakwa raya akan tanya balik soalan kepada saksi saksi itu dan itu kita akan panggil as Re-examination. Ada satu time tu DPP ke lawyer ada cakap yang soalan ni leading question. Leading question ni agak teknikal bagi peguam, leading question ni hanya boleh ditanya ketika pemeriksaan balas sahaja, pemeriksaan utama dan pemeriksaan semula tak boleh ditanya soalan soalan yang bercorak leading. Jadi, leading tu apa? Leading tu adalah soalan apabila kita memberikan soalan itu jawapan sudah ada atau meng hypekan saksi kepada jawapan yang satu. Dia tidak terbuka untuk memberikan jawapan jawapan yang lain. Contoh soalan boleh bagi, where do you live? dengan do you live in KL, right? Soalan pertama bercorak terbuka yang mana saksi saksi apabila ditanya soalan tu, boleh pilih untuk menjawab dia duduk di KL, dia duduk di Amerika. Tetapi apabila soalan ditanyakan "Do you live in KL right, Kamu duduk di KL kan? Dia mengehadkan saksi kepada dua jawapan, sama ada ya, saya duduk di KL ataupun tidak, saya tidak duduk di KL. Dan apabila Hakim bersetuju, dan apa yang peguam akan buat adalah peguam akan tukar soalan, so instead of asking "Do you live in KL right?", akan ada objection, leading question. Hakim akan arahkan peguam untuk tukar soalan itu dan peguam boleh menukarkan soalan kepada "Di manakah kamu tinggal?"


Terms yang baru kitorang belajar juga tentang Discharge Not Amounting to Acquittal (DNAA). Apa maksud Discharge Not Amounting to Acquittal (DNAA)? atau "Dilepaskan Tanpa Dibebaskan"? Maksud dia Timbalan Pendakwa Raya (TPR) boleh menuduh semula Orang Kena Tuduh (OKT) pada bila bila masa dan OKT perlu hadir apabila diberitahu. Ini selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa apa prosiding bagi sesuatu kesalahan selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera. Biasanya berlaku di peringkat "Sebutan Kes" dan pada kebiasaannya sebelum proses Perbicaraan. Ia berlaku disebabkan kesilapan teknikal. Contoh: kertas siasatan tak dibawa, kesilapan pendaftaran kes, saksi tak hadir walaupun tarikh bicara dah ditetapkan, pengadu tarik semula report dan tak berminat untuk teruskan kes, OKT (Tertuduh) tidak hadir dan Waran tangkap dikeluarkan dan macam macam kesilapan teknikal. Ini berbeza dengan Discharge Amounting to Acquittal (DAA) iaitu Dilepaskan dan Dibebaskan. DAA berlaku setelah melalui satu Perbicaraan yang panjang dan Mahkamah mendapati "Prima Facie" kes Gagal dibuktikan, justeru Tertuduh dilepaskan tanpa perlu membela diri atau "Prima Facie" kes berjaya dibuktikan OKT dipanggil untuk membela diri dan sewaktu di peringkat ini OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) sehingga Majistret atau Hakim yakin bahawa OKT "tidak bersalah". Sekiranya OKT dilepaskan dan dibebaskan, TPR tidak mempunyai kuasa untuk menuduh semula kes yang sama kerana ia bercanggah dengan Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang yang telah dibebaskan daripada satu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika Sabitan atau Pembebasan itu telah Dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu Mahkamah yang lebih atas (tinggi) daripada Mahkamah yang telah dibebaskan atau mensabitkannya. 

Kitorang kene reading di library dan buat research tentang section 28 Criminal Procedure Code pasal orang yang kena tahan lebih 24 jam. Apa hak hak orang kena tahan. Selain itu, ada beza antara hearing dengan full trial, kalau hearing ni sekadar sebutkan kes, kalau full trial ni kita akan panggil saksi. 


Terms terms yang baru belajar di High Court 

acquitted & discharged.

garnishee proceedings.

hearsay

Orang Kena Tuduh (OKT)

Orang Yang Disyaki (OYDS)

Leading Question 

 

Gambar di cafe Gloria Jeans di High Court


Also, kitorang belajar tentang garnishee proceedings, masa under division Perlaksanaan. Garnishee proceedings ni adalah suatu bentuk prosedur penguatkuasaan penghakiman yang digunakan untuk mengumpul hutang penghakiman, biasanya ketika responden gagal untuk mematuhi penghakiman kewangan yang diperolehi oleh penuntut. Kaedah-kaedah yang mengawal prosiding-prosiding ini adalah diperuntukkan di bawah Aturan 49 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. 

Part yang best sekali first time tengok orang auction(bida) untuk beli rumah. Tempat auction tu sebelah dengan cafe di High Court. Basically, daripada segi makanan di High Court, a bit pricey harga makanan dekat cafe dia yang macam kantin tu. Ada registrar (PKP) cakap biasanya orang cafe tu charge tinggi dekat orang yang pakai blazer lawyer apa semua. Bab surau, memang ada surau. Masa kitorang intern tu memang banyak juga universiti lain yang intern sekali, antaranya UUM, UITM Shah Alam, Unisza, UM jadi memang masa solat zuhur tu kalau nampak berbaring tu semua budak budak intern la. Might be sebab penat sangat, sebab masa belajar dengan masa kerja lain. Jadi transition tu memang understandable la. Lepas solat zuhur akan masuk balik court untuk dengar trial sampai jam 4:30 petang lepastu dah boleh balik. 

Masa di Mahkamah Tinggi Shah Alam (Kebankrapan), kami belajar tentang notis kebankrapan. Notis Kebankrapan ini adalah merupakan peringkat awal untuk membankrapkan seseorang atau memufliskan seseorang, daripada pemiutang(orang yang memberi hutang) kepada orang yang meminjam hutang. Pertama, kita kena tahu prosedurnya. Notis kebankrapan ini tidak boleh difailkan secara sewenang-wenangnya. Pertama sekali, perlu ada penghakiman. Penghakiman adalah perintah oleh mahkamah agar penghutang membayar sejumlah wang. Penghakiman ini diperolehi asalnya daripada writ saman dan penyataan tuntutan dan mungkin juga apabila writ saman dan penyataan tuntutan ini dikeluarkan anda tidak menghadirkan diri ke mahkamah. Oleh sebab itu, peguam kepada plaintiff iaitu pemiutang telah mengeluarkan penghakiman ingkar tanpa kehadiran. Sebab itu, sangat penting apabila kita dapat writ saman dan penyataan tuntutan, sila jawab. Jika anda tidak jawab seolah-olah, plaintiff menang tanpa bertanding. Sekiranya, dia menuntut satu jumlah yang sebenarnya anda cabar. Contohnya, yang dituntut itu seratus ribu tetapi anda berhutang itu lima puluh ribu, tapi memandangkan anda tidak hadir ke mahkamah, maka apa yang dia tuntut sebanyak seratus ribu itu, macam yang saya katakan tadi, menang tanpa bertanding. Apabila dia memperolehi penghakiman ingkar ini, dia akan meneruskan kepada notis kebankrapan. Ada juga berlaku situasi dimana apabila pemiutang mendapatkan penghakiman secara perbicaraan ataupun permohonan penghakiman terus. 

Untuk last sekali di belajar tentang Power of Attorney, ataupun dalam bahasa melayu tentang surat kuasa wakil. Apa yang dimaksudkan dengan surat kuasa wakil? Apa sebenarnya kuasa yang diberikan kepada pemegang surat kuasa wakil tersebut? dan apa yang boleh dibuat dengan apa yang tak boleh dibuat? Sebelum memberi kuasa kepada pemegang kuasa wakil ni. Dalam istilah dalam bahasa inggerisnya kita panggil power of attorney. Mungkin anda pernah berhadapan dengan situasi pemaju pemaju hartanah yang ingin menjalankan joint venture ataupun ingin menjalankan usahasama dengan kita sebagai contoh sebagai tuan tanah and dia datang kata saya ni pemaju yang dah berpengalaman dalam membangunkan projek hartanah dan sebagainya. Pemaju pemaju hartanah ni biasanya bila berkehendakkan memajukan tanah tersebut dan tanah tersebut dimiliki oleh orang lain, oleh kita sebagai contoh and mereka akan berjumpa dengan anda and mereka akan bercakap dengan anda. "Biarlah saya yang akan memajukan tanah tersebut, biarlah saya yang memulakan usaha untuk membangunkan tanah tersebut dan jadi projek perumahan dan jadi projek rumah kedai dan sebagainya". Dan bila pemaju dah cakap macamtu kepada anda. Dia minta anda join dia, ayat dia lebih kurang, you jadi saya punya business partner la, konon-kononnya lah. Jadi business partner saya dan buat joint agreement and then dalam masa yang sama you bagi saya PA (power of attorney). Secara tidak langsung kita telah memberikan hak kepada dia untuk berurusan dengan pihak pihak tertentu terutama dengan pihak pejabat tanah, dengan pihak bank dan sebagainya, yang mana kuasa tersebut bila diberikan kepada pemaju hartanah tu melalui surat kuasa wakil ataupun power of attorney tadi. Kita telah pun memberikan sebebas-bebasnya hak kepada pemaju hartanah tadi tu untuk menjalankan apa apa urus niaga ataupun urusan keatas hartanah kita. Power of attorney ni kuasa dia sangat sangat besar. 


Masa kitorang dekat Criminal Division kitorang dapat meja sorang satu untuk buat case study. Case study kitorang kena buat tentang contentious and non-contentious matter. Also, kena buat LAP report, university memang akan bagi rubric untuk LAP report ni. Basically, kena buat acknowledgment, introduction, tentang organisasi yang kita intern tu, legal aspect of assigned tasks, also recommendation kita pada bakal internship akan datang. Okay daripada segi pengalaman peribadi bila tengok perbicaraan di Mahkamah ni. Apa yang ubah mindset tentang profesion lawyer dan staff di Mahkamah ni personally adalah, tentang tanggungjawab sebagai pengamal undang undang. First sekali, dulu ingatkan jadi lawyer ni semata mata untuk menangkan kes client kita. Bila sampai di court, dah berbeza dah cara pandang sesuatu perkara tu. Lawyer, Hakim, Jurubahasa, even pendaftar sekalipun cuba nak bantu dan jaga kebajikan pesalah atau kita panggil sebagai Orang Kene Tuduh (OKT). 


First day High Court outfit 





Tips as an internship student:
1. Buat research tentang terms terms di mahkamah, kena ambil tahu
2. Banyakkan bertanya
3. Baca kes kes, usually PKP akan bagi file kes untuk kita baca dan belajar. 
4. Kenal kenal dengan DPP, Hakim, Jurubahasa, Lawyer (buat networking la senang cerita)
5. Bawa buku nota dengan pen kemana mana. 
6. Kena presentable (to be honest masa ni baru start belajar pakai makeup, kawan nama dia Siti Fatimah ajar pakai makeup) hehe Thank you Fatimah!


Tapi bear in mind, dekat court takde allowances tau. Tapi seronok pasal High Court ni, ada punch card, boleh dengar hearing, case management, full trial hari hari. Cuma ada satu time tu kitorang kene transfer ke Sessions Court. Task dekat Sessions Court ni kena buat Nota Keterangan Saksi. 

Sebenarnya benefit intern di High Court ni banyak subjek final year sangat correlated lagi lagi Criminal Procedure (CPC) dengan Civil Procedure (CP). Dekat firm pun benefit dia daripada segi documentation, macam mana firm uruskan firm dan dapatkan client. Tapi apa apa pun, yang kita belajar dekat law school tu sangatlah sedikit baru basic je tu sebenarnya. Jadi jangan putus asa. Belajar betul betul dan manfaatkan ilmu undang undang sebaik mungkin. Rajinkan diri tanya senior apa semua, jangan malas. Buat plan bukan untuk setahun punya plan je, tapi long term punya plan. 


Just in case nak lunch dekat luar court. Di area Shah Alam ni banyak tempat yang best kat luar juga kalau nak lunch sebab every friday ada gap sebelum solat jumaat tu, usually kitorang keluar sekejap pergi mall dan masuk balik around 2:30pm. 


Sir Rahman melawat kitorang student intern di High Court Shah Alam


Nanti lepas habis je intern, dekat kulliyyah akan ada interview. 


Comments

Popular posts from this blog

The Road Not Taken by Kaisara Mohamad (Second Chapter)

The Road Not Taken by Kaisara Mohamad (Third Chapter)